loading...

Sokong Deklarasi Tapi Jangan Ikut Agenda Mahathir, Kata Anwar

Jangan lupa agenda rakyat dan jangan ikut agenda Tun Mahathir Mohamad.

 

Itu penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai suratnya kepada pimpinan PKR yang tersebar baru-baru ini.

 

“Jangan lupa agenda, bukan ikut agenda dia (Mahathir), ikut agenda rakyat, harga barang macamana..kebajikan dan IPP. Jangan ikut rasuah, kroni seperti masa lalu itu..mesej saya,” ujar bekas Ketua Pembangkang itu semasa ditemui wakil media di mahkamah pagi tadi.

 

Anwar juga mengakui, surat yang tersebar itu tulisannya yang ditulis semasa di mahkamah dalam bahasa Melayu bercampur bahasa Inggeris dan ia sebenarnya ditujukan kepada pimpinan PKR.

 

Memandangkan surat itu sudah tersebar, Anwar mahu orang membacanya dalam teks penuh supaya memahami maksudnya.

 

Terdahulu, katanya, parti bersetuju dengan Deklarasi Rakyat kerana PKR sudah lantik tiga wakil iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tian Chua dan Rafizi Ramli terlibat.

 

Baru-baru tersebar suratnya memberi amaran kepada pimpinan PKR supaya berhati-hati berjuang bersama bekas bosnya semasa dalam kerajaan dahulu sehingga melupakan agenda reformasi rakyat yang diperjuangkan parti.

 

Beliau dalam surat yang sama juga risau dengan sikap sesetengah pemimpin pembangkang seakan-akan terlalu taksub dengan perubahan pada Mahathir secara tidak langsung. – MalaysiaGazette

Previous
Next Post »
loading...