PELAKON meningkat naik, Mia Ahmad menafikan desas desus yang tersebar sebelum ini yang mengaitkan dirinya sedang menjalin hubungan istimewa dengan penjaga gol pasukan bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan.
Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, hubungan mereka sekadar teman biasa dan masih belum terfikir soal cinta.
“Saya bukan hendak bersikap hipokrit apabila diajukan soal peribadi tetapi dakwaan kami sedang bercinta sama sekali tidak benar.
“Kami berdua hanya berkawan biasa sahaja dan tidak lebih daripada itu,” katanya petik mStar Online.
Mia berkata demikian sebagai mengulas khabar angin mengenai hubungannya dengan Izham, 25, selepas lelaki berkenaan membuat kejutan hari jadinya di sebuah kafe di Johor Bahru baru-baru ini. -SinarOnline