loading...

Johnny Depp ‘Lega’ Selesai Kes Cerai

LOS ANGELES – Aktor ternama Hollywood, Johnny Depp kini mampu menghela nafas lega selepas perceraiannya dengan aktres Amber Heard kini selesai.

 

“Johnny sangat lega semuanya sudah berakhir,” kata sumber kepada PEOPLE. Bukan saja aktor siri filem Pirates of the Caribbean itu dapat melupakan kes perceraiannya yang teruk, beliau juga menjadi pemilik mutlak kondominium di Los Angeles, lokasi didakwa berlakunya keganasan domestik di antara bekas pasangan itu pada 21 Mei lalu, dua hari sebelum Heard memfailkan perceraian.

 

“Kondominium di tengah bandar itu tidak tertakluk dalam penyelesaian perceraian, dan Amber perlu segera pindah dari situ,” kata sumber.

 

PEOPLE cuba menghubungi wakil Heard namun gagal mendapat maklum balas. Aktres itu dikatakan sedang sibuk dengan penggambaran Justice League di London sejak beberapa minggu lalu.

 

Depp dan Heard bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah Selasa lalu, hanya sehari sebelum mereka dijadualkan untuk perbicaraan kes perintah sekatan. Menurut TMZ, Depp setuju membayar AS$7 juta (RM27.9 juta) kepada pelakon itu sebagai sebahagian daripada penyelesaian perceraian. – Agensi

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...