Kehidupan bekeluarga pastinya memberikan perspektif baru dan bagi Hanis Zalikha, suami dan juga bakal anaknya nanti memerlukan lebih perhatian. Justeru itu, Hanis mengambil pendekatan untuk berhenti dari bidang lakonan buat sementara waktu.
BACA: Hanis Zalikha Belum Sedia Dedah Jantina Anak
“Tidak dinafikan, sekarang rezeki saya dan suami lebih berpihak kepada perniagaan. Insya-Allah, akan datang pun kami akan melancarkan satu lagi produk baharu, jadi saya rasa lebih baik untuk berhenti dahulu buat sementara daripada dunia lakonan, lebih-lebih lagi selepas anak kami lahir nanti”
“Bagaimanapun, saya mungkin akan mempertimbangkan tawaran pengacaraan kerana komitmennya lebih fleksibel dan tidak memerlukan masa yang panjang di lokasi seperti lakonan,” katanya seperti dipetik di Kosmo! Online.
Dijangka menyambut kelahiran bayi pada 5 Jun ini nanti, perkara tersebut pastinya mendapat sokongan daripada suaminya, Hairul Azreen dan kini pasangan tersebut sedang sibuk menjalankan perniagaan. (rtky/s)