loading...

Suruh Bunuh Diri, Iqram Kecewa Dengan Sikap Fathia

NAMA pelakon Nur Fathia Latiff bagaikan tidak lari daripada ‘terikat’ dengan kontoversi murahan yang dicipta oleh dirinya sendiri.

BACA: Fathia Suruh Iqram Dinzly Bunuh Diri Di IG Live?

 JUGA: Fathia Minta Maaf Isu ‘Gurau’ Kasar Terhadap Iqram

Setelah namanya hangat diperkatakan selepas mencetuskan kontoversi di ruangan komen IG Live pelakon Iqram Dinzly, dirinya kini bagaikan diserang bertalu-talu oleh netizen.

Dalam masa yang sama, Iqram berasa sangat terkilan serta terasan hati dengan gurauan tidak bertempat pelakon berkenaan.

Iqram telah dihubungi oleh pihak Harian Metro bagi mendapatkan komen berkaitan isu itu dan baginya, Fathia bagaikan ingin meraih perhatian semata-mata.

“Kalau dia nak jadi ‘gila’ seperti saya, datang berjumpa. Bukan main tulis macam itu. Memang saya tak baca komen berkenaan, tetapi ada rakan yang beritahu.

“Sejujurnya, saya kesal dan terasa hati. Apa yang ditulis sangat keterlaluan. Tidakkah dia sedar perkara berkenaan boleh mempengaruhi pemikiran netizen?

“Kita tak tahu apa persepsi peminat yang menonton ketika itu,” kata Iqram dipetik daripada Harian Metro.

Menurutnya juga, komen yang ditinggalkan oleh Fathia itu akan membuat penggiat seni sepertinya berada dalam keadaan tekanan perasaan setelah di provoke sebegitu rupa.

“Saya tak tahu apa ‘game’ dia, jadi saya biarkan dahulu. Saya sambut dan alu-alukan ‘game’ berkenaan,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Fathia telah memohon maaf diatas tindakan ‘kurang bijaknya’ itu secara terbuka di akaun Instagram miliknya semalam. – MYNEWHSUB.CC/ AH

Loading...

Previous
Next Post »
loading...