loading...

Ratusan Ikan Lumba-Lumba Ditemui di Perlis

ratusan ikan lumba lumba dijumpai di perlis

Sumber foto: bnbbc.my

Lebih 100 ekor ikan lumba-lumba dijumpai di kawasan Boya Tukun, iaitu sekitar dua kilometer dari Jeti Kuala Perlis semalam.

Hal tersebut diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pertanian ne­geri, Zulkefli Amin Mat Jusoh yang menyaksikan kelibat spesies berkenaan sewaktu memancing dengan sekumpulan sahabatnya sekitar jam 5 petang.

Ujarnya, semua ikan lumba-lumba itu berada dalam kumpulan besar yang mendekati bot mereka dengan keadaan laut yang tenang pada waktu tersebut.

“Ikan tersebut sedang bergerak menghampiri pantai. Biasanya kalau kita memancing kita akan mengelak daripada ikan lumba-lumba kerana dikhuatiri ikan lain tidak ada,” ujarnya.

Sementara itu, Syamil Abdul Rahman selaku Pengerusi Persatuan Alam Sekitar dan Hidupan Liar Perlis (PNW) juga mengesahkan hal terbabit setelah mendapat laporan daripada dua orang nelayan yang menyaksikan lebih 30 ikan lumba-lumba semasa menangkap ikan di Pulau Batu Layang, sekitar dua minggu lepas.

Ujarnya, kelibat ikan tersebut disaksikan oleh nelayan itu sekitar jam 12.30 tengah hari, yang datang ke bot mereka lalu pergi ke arah Sungai Baru.

“Hampir 15 minit ikan tersebut bermain-main di sekitar bot itu. Ikan yang ditemukan itu dikatakan daripada spesies Indo-Pacific.

“Selain itu, ikan lumba-lumba ini juga ditemukan di pesisir Kuala Sungai Baru dan Pantai Kurung Tengar oleh penduduk kampung dan pemancing,” ujarnya sewaktu dijumpai semalam.

Syamil memberitahu, ikan lumba-lumba tersebut mula dikesan pada April sehingga Disember tahun lepas sewaktu Perlis dilanda musim panas.

“Punca utama tarikan ikan lumba-lumba berhijrah sementara di Kuala Perlis ialah sumber makanan yang banyak seperti anak-anak ikan belanak, ikan kedera dan udang sepanjang laut Kuala Perlis selain faktor perubahan suhu air laut,” ujarnya.

Jelasnya lagi, sebahagian besar rakyat Perlis sendiri tidak menyedari kehadiran hidupan mamalia tersebut berhampiran kawasan perairan di Kuala Perlis sejak tempoh yang lama.

“Saya sendiri pernah melihat berpuluh-puluh ikan lumba-lumba ini ketika membuat tinjauan di Pulau Batu Layang tahun lalu,” akuinya.

Sumber berita: Utusan Online

Previous
Next Post »
loading...