SIBU – Seorang pemuda menerima padah selepas bertindak agresif terhadap anggota polis di Taman Rejang pada 9.20 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit berkata lelaki berumur 21 tahun itu menjerit perkataan ‘polis bodoh’ dan menunjukkan jari tengahnya kepada dua anggota peronda polis yang memberi respons kepada panggilan kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Empelam.
Sebelum itu pemuda yang merupakan penunggang motosikal itu enggan memberikan
“Semasa ditahan, suspek sekali lagi bertindak agresif. Kekerasan minima telah digunakan untuk melaksanakan tangkapan, namun tiada pihak yg cedera,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, suspek direman untuk siasatan lanjut dan akan menjalani ujian air kencing.
Dia boleh didakwa atas kesalahan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Dia Tak Jaga Diri Ke? Perubahan Penampilan Yan ...

Makin Menjadi-jadi, Macam Bimbo Atikah Suhaime ...

Janna Nick Tak Tolak Kemungkinan Curang, Akui Hati ...

Daddy Mohon Maaf, Perlu Pergi Kerja Fattah Ami ...