loading...

Memey Pegang Anak Tiri, Netizen Tegur Abby Abadi

Dalam ramai-ramai selebriti, keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi sentiasa menjadi perhatian. Masing-masing saling menghormati dan sentiasa meluangkan masa bersama satu keluarga besar. Bukan itu saja, cara dua keluarga ini mendidik anak-anak juga sering mendapat pujian.

Namun, baru-baru ini gambar keluarga yang dimuat naik oleh Abby menjadi buah mulut netizen apabila Memey dilihat memegang Danish yang merupakan anak tirinya. Timbul persoalan mengenai hukum  jika memey bersentuhan dengan anak tiri lelaki.

Abby juga turut menerima beberapa mesej mengenai isu tersebut dan turut kongsikan persoalan itu di Instagram sama ada haramkah jika Memey memegang Danish kerana dia juga kurang arif tentang hal itu.

“Nak tanya pada yang tahu, betul ke Memey tak boleh pegang Danish? Sebab ada orang DM Saya kata kenapa Kak Abby biarkan Memey pegang Danish. Sepatutnya Kak Abby lebih tahu katanya…. Dan tiba2 terasa nk bertanya kt Sahabat2 disini sebab otak jem sekarang.”

“Tak batal wuduk kalau bersentuhan”

Sumber: Oh Bulan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...