Sumber foto: The Star Online
Pihak Zoo Negara telah mengesahkan anak panda yang dilahirkan di Zoo Negara pada 14 Januari lalu adalah berjantina betina.
Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, anak panda gergasi itu dilaporkan seberat 190 gram.
“Anak panda itu dalam keadaan sihat dan dijaga dengan baik oleh ibunya, Liang Liang dengan pemantauan rapi oleh pihak Zoo Negara,” ujarnya.
Ia merupakan anak kedua untuk pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang yang dilahirkan di Zoo Negara pada pukul 7.50 pagi dan mempunyai berat 150 gram.
Pasangan panda tersebut sampai di Malaysia pada 21 Mei 2014 sebagai tanda jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China.
Anak pertama pasangan panda berkenaan dilahirkan pada 18 Ogos 2015 yang diberi nama Nuan Nuan telah dibawa kembali ke China pada 14 November lalu untuk mematuhi syarat perjanjian antara kedua-dua negara.
Anak kedua yang merupakan adik kepada Nuan Nuan berkenaan masih belum mempunyai nama dan sedang dikuarantin oleh Zoo Negara.
Sumber berita: Selangorkini