loading...

Fathia Latiff Mohon Maaf Pada Iqram Dinzly

Permulaan Januari 2018 penuh dengan pelbagai kisah selebriti tanah air dan seperti biasa, nama pelakon Fathia Latiff baru-baru sekali lagi menjadi tumpuan gara-gara komen kasar yang ditinggalkannya ketika Iqram Dinzly sedang live di Instagram.

BACA: Fathia Latiff Tanya Bila Iqram Dinzly Mahu Bunuh Diri

Bagi sesiapa yang baru nak mengikuti perkembangan ini, sebenarnya pada sesi live tersebut, Fathia telah bertanyakan kepada Iqram – bilakah dia mahu membunuh diri.

Bagaimanapun, baru-baru ini, sekali lagi Fathia Latiff menyuarakan kemaafan berhubung perkara berkenaan dan menyatakan bahawa tindakannya itu adalah bagi menyedarkan Iqram atau orang putih kata – reverse psychology.

Namun sebenarnya walau nak dipusing macam mana pun, desakan untuk bunuh diri sebagai kata-kata untuk menyedarkan orang yang sedang mengalami tekanan adalah tidak patut.

Apa-apalah Fathia, sekurang-kurangnya kehadiran anda di dalam industri seni tanah air mencorakkan lebih banyak warna dalam kepelbagaian karakter selebriti tanah air. Lain orang, lain ragamnya, ya tak? (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...