Siapa yang tidak kenal dengan usahawan berjaya Nur Sajat. Sajat kini bukan saja ahli perniagaan,malah dah jadi penyanyi popular.
Saban minggu nama Nur Sajat tidak pernah terlepas dengan isu kontroversi. Terbaru, status jantinanya menjadi isu perdebatan sehingga melibatkan pihak Jakim.
Pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana Sajat mampu mengawal rasa tekanan dan kekal bahagia walaupun menjadi mangsa kecaman netizen.
Ini antara tips dari Sajat untuk terus kebal dari menjadi mangsa kecaman.
1. Jangan terlalu layan & baca komen netizen
Pesanan dari Sajat, elakkan baca komen netizen kerana tidak semua orang puas dengan apa yang kita lakukan terutamanya bab kerjaya, penampilan dan kebahagiaan.
2. Jangan terlalu ambil serius
Setiap kata-kata yang dikeluarkan jangan ambil serius kerana mereka hanya berkata atas apa yang mereka nampak luaran. Hakikatnya hanya kita dan ahli keluarga yang mengenali diri kita sendiri.
3. Perlu bijak menapis kata-kata atau nasihat daripada siapa
Jika dibandingkan dengan ahli keluarga dan orang luar lebih baik utamakan orang yang selalu support dan beri semangat pada kita terlebih dahulu.
4. Jangan lupa beristigfar
Walau moden mana sekalipun jangan lupa untuk beristigfar, selawat dan dekatkan diri sendiri pada Sang Pencipta.
Sumber: Media Hiburan
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW