Boleh dikatakan filem Thor: Ragnarok tahun lalu antara sekuel Thor terbaik yang pernah dihasilkan.
Menduduki tangga ke tujuh carta box office dengan kutipan AS $ 313.1 juta (RM1.2 bilion), mungkin itu filem Thor terakhir lakonan Chris Hemsworth.
Dalam temubual bersama USA Today baru-baru ini, Chris Hemsworth memberitahu berakhirnya pengambaran Avengers 4 baru-baru ni, menandakan berakhirnya kontraknya bersama Marvel.
“Saya sudah selesai. Saya tidak akan mainkan watak Thor lagi,” katanya.
Mula memegang watak Thor sejak tahun 2011, bagaimanapun Hemsworth tidak mahu watak itu berakhir.
“Ia sesuatu yang menakutkan. Ia seolah-olah seperti perkara yang tidak pernah berakhir. Dan sekarang ia berpotensi untuk berakhir. ”
Namun, Hemsworth mengharapkan penamat yang luar biasa untuk filem Thor.
Sumber: The Malay Mail Online
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW