loading...

Ambidextrous : Hanya 1% penduduk dunia ini memilikinya

Ambidextrous dikenali sebagai dwicekatan yang bermaksud seseorang itu mampu menggunakan tangan kanan dan kiri dengan begitu cekap sekali. Terdapat sedikit orang sahaja sebenarnya yang mempunyai kebolehan ini. Istilah ambidextrous ini berasal daripada bahasa latin iaitu ambi yang bermaksud keduanya dan dexter bermaksud baik. Menulis menggunakan kedua dua belah tangan dengan baik sekali merupakan salah satu kemahiran yang sangat luar biasa. Ambidextrous ditentukan berdasarkan tingkat kecekapan, kemampuan dan fleksibel dalam menggunakan tangan kiri dan tangan kanan. 

ambidextrous

Sebahagian ambidextrous ini asalnya hanya mampu menulis dengan menggunakan tangan kiri atau kidal secara dominan. Disebabkan banyak peralatan direka untuk mereka yang menggunakan tangan kanan itulah punca sebahagian daripada mereka mampu menggunakan kedua-dua belah tangan. Ia mungkin berpunca dari latihan yang berterusan sehingga otak mereka mampu mengawal tangan kanan sekaligus menjadikan mereka ini ambidextrous. Golongan ambidextrous ini hanyalah terdiri daripada 1% populasi penduduk bumi berbanding mereka yang menggunakan tangan kiri iaitu seramai 10% orang.

golongan yang boleh menulis menggunakan tangan kanan dan tangan kiri

Kebanyakkan orang yang mampu menggunakan kedua-dua tangan ini, secara umumnya mendapat markah yang rendah dalam pelbagai bentuk ujian yang dilakukan seperti ujian kecerdasan umum sepeti  mengenal pasti skor 'sama ada tangan' sedikit lebih rendah secara umumnya dalam ujian kecerdasan umum, dan paling sering skor tersebut adalah lebih rendah dalam aritmetik,memori dan pemikiran. Satu kajian terhadap 8000 kanak-kanak berumur 7 dan 8 tahun menunjukkan bahawa terdapat 87 pelajar mempunyai masalah yang lebih ketara dalam kemahiran bahasa. Pada usia 15 dan 16 tahun, pelajar yang sama menunjukkan lebih tinggi untuk mendapat risiko ADHD iaitu Attention Deficit and Hyperactivity Disorder yang merupakan sejenis gangguan psikologi.

Menurut satu kajian daripada Merrimack College, sesetengah ambidextrous merupakan seorang yang pemarah disebabkan oleh keadaan hemisfera otak yang lebih tinggi yang terdapat pada golongan tersebut. Kajian susulan juga mendapati bahawa hubungan hemisfera yang tinggi ini berkait rapat dengan perubahan mood seseorang. Perubahan mood ditentukan berdasarkan tentang persekitaran,pemikiran dan muzik.

leonardo da vinci seorang ambidextrous

Walaupun terdapat penyelidikan bahawa golongan ambidextrous berisiko mengalami gangguan perkembangan, namun terdapat ramai tokoh terkenal yang terdiri daripada ambidextrous. Antara yang dilaporkan adalah tokoh selebriti dan tokoh bersejarah termasuk Leonardo da Vinci, Pete Rose, Richard Feynmen, Greg A. Harris, Michelle Kwan, Shigeru Miyamoto, Paul McCartney, Benjamin Franklin dan Harry Truman. 

Previous
Next Post »
loading...