Siapa sangka lagu yang mendapat ‘dislike’ terbanyak, Abang Nak Tegur nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri tersenarai dalam percalonan awal rancangan Muzik-Muzik. Teruja dengan berita itu, Aliff berharap lagunya layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) pula.
BACA: Video Muzik Baru Aliff Syukri, Sajat Terus Dikecam
“Saya baru dapat tahu yang lagu ini dapat pencalonan baru Muzik-Muzik. Harapan moga-moga dapatlah ke AJL (Anugerah Juara Lagu) pula. Alhamdulilah, lagu Abang Nak Tegur setakat ini apabila dicampur-campur kesemuanya sudah mencapai 13 juta tontonan”
Biarpun ramai yang meragui kemampuan Aliff menyanyikan lagu terbabit secara live, tetapi Aliff menafikan lagu itu tidak menggunakan suaranya yang sebenar. Malah katanya, suaranya mungkin tidak setanding penyanyi profesional cuma ingin mencuba bidang baru.
“Walaupun ada yang tak suka, tapi lagu ini dah trending. Betul saya yang menyanyi sendiri. Saya pun tak ada istilah nak buktikan apa-apa sebab saya tahu saya bukan penyanyi. Saya cuma nak cuba bidang baru,” katanya kepada Sinar Harian mengenai lagunya.
Tahniah diucapkan kepada Aliff kerana tercalon dalam Muzik-Muzik, siapa tahu ada rezeki untuk masuk ke AJL pula selepas ini. Dalam kempen dislike lagu ini, sekali trending pula. Untung Aliff! (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW