loading...

10 Individu Jadi Popular Kerana Viral Di Media Sosial

Sekarang ni senang je nak jadi popular. Tak perlu jadi pelakon atau penyanyi pun dah boleh dikenali ramai. Buat je video viral dah boleh jadi terkenal.

Tapi kalau ikutkan mereka ni jadi popular adalah disebabkan anda sebagai pengguna media sosial. Kami senaraikan 10 individu popular kerana viral di media sosial.

1. Asyalliee

ngat lagi tak video “Macam cantik je, macam comel je.” Video tersebut menjadi bualan ramai kerana dianggap gedik dan mengada-ngada. Inilah gerangan gadis tersebut. Dulu memakai nama samaran Syasya Solero. Syasya kini mempunyai 1 juta pengikut di Instagram.

2. Wak Doyok

Sebelum popular, Wak Doyok bukan seorang selebriti namun namanya sentiasa menjadi bualan. Gaya fesyennya yang lain dari yang lain menjadi perhatian. Kini, Wak Doyok bergelar pelakon dan pengacara.

3. King Coco

Masih segar dalam ingatan video slang King Coco yang pernah menjadi viral sebelum ini. Video tersebut ternyata menjadi bualan hangat sehinggakan ada yang sanggup mendedahkan siapa sebenarnya King Coco. Bukan itu saja, kisah perkahwinannya bersama suami orang turut menjadi perhatian.

4. Nur Hayati Tahir

Terkenal dengan video meminta hutang dan berceloteh dalam loghat Siam, wanita ini tidak sangka video yang dibuatnya hanya sekadar suka-suka menjadi viral di media sosial. Menurutnya, longhat tersebut ditiru memandangkan ibunya berketurunan Siam.

5. Rose Nicotine

Siapa sangka dengan membuat mimik muka sebegitu sudah boleh dijadikan tiket buat seseorang untuk menjadi popular dan terkenal dalam masa yang singkat. Namun sebenarnya bukan mudah untuk membuat mimik muka luar biasa tersebut.

6. Dayana Hashim

Gadis ini bukan penyanyi atau pelakon. Namun disebabkan wajahnya mirip pelakon lelaki popular, Fattah Amin, gadis ini terus menjadi perhatian ramai.

7. Nur Syazana Rosli

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Siapa tak bangga jika miliki wajah seperti selebriti popular. Gadis ini dianggap bertuah kerana memiliki wajah seiras Fazura. Memang macam adik beradik. Beruntung tuan punya badan.

8. Faiz Roslan

Bermula dengan video parodi mak cik-mak cik, Faiz Roslan kini dikenali ramai selepas melakonkan parodi lagu Pematah Hati. Selain itu juga, namanya menjadi bualan ramai selepas menerima teguran tentang aksinya memakai pakaian wanita.

9. Riz Ulala

‘Wanita’ yang dikenali sebagai Riz Ulala ini tular di media sosial kerana kecantikannya yang dimilikinya. Lebih mengejutkan, dia mengakui dia sebenarnya seorang maknyah yang telah melakukan pembedahan di Thailand.

10. Baby Tora

Nama gadis ini semakin dikenali ramai. Aksinya menikmati mee ramen Korea menggunakan tangan mencetuskan perdebatan dan viral di media sosial. Lebih mengejutkan, gadis ini mengaku dia mampu menjana sehingga RM10,000 dengan hanya mempromosikan produk makanan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...