SEOUL – Harga minyak Amerika Syarikat (AS) melonjak dalam sejam pertama dagangan AS tahun ini dipacu rundingan Anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan-OPEC untuk mengurangkan pengeluaran yang akan bermula Ahad lalu.
Penanda aras AS minyak mentah WTI naik 35 cent atau 0.7 peratus kepada AS$54.07 kepada 0010 GMT, paras yang tidak jauh dicapai pada AS$54.51 Disember lalu.
Brent pula didagangkan naik 68 cent kepada AS$56.82 setong pada Jumaat. Pasaran minyak ditutup pada Isnin selepas cuti umum tahun baharu.
Pada 1 Januari lalu, secara rasminya negara OPEC dan bukan-OPEC termasuk Russia memulakan pengurangan seperti yang dipersetujui November lalu iaitu hampir 1.8 juta tong sehari.
Bagaimanapun, pemerhati tetap memerhati rapat Januari sebagai petunjuk sama ada negara terbabit akan mengekalkan seperti yang dipersetujui.
Libya, satu daripada ahli OPEC yang tidak menyertai perjanjian itu meningkatkan 685,000 tong sehari (bpd) pada Ahad kepada sekitar 600,000 tong untuk Disember berdasarkan National Oil Corporation (NOC). – Reuters
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW