LOS ANGELES – Penduduk Los Angeles terkejut melihat papan tanda ikonik yang tertera nama Hollywood bertukar menjadi Hollyweed kelmarin.
Reuters melaporkan, papan tanda yang dipasang di lereng bukit Mount Lee pada tahun 1923 dipercayai menjadi sasaran vandalisme.
Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, Sarjan Robert Payne berkata, sistem televisyen litar tertutup di lokasi itu menunjukkan seorang individu berpakaian hitam yang dipercayai melakukan vandalisme tersebut sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan).
“Polis belum mengenal pasti mana-mana suspek setakat ini. Namun, dia akan didakwa kerana menceroboh sekiranya ditangkap,” katanya.
Sejenis bahan seperti kain tarpal digunakan untuk mengubah dua huruf O menjadi E, katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW