Pernah menjadi buah mulut ketika satu masa dahulu di atas kisah percintaannya bersama pelakon Zul Ariffin, Zahirah MacWilson melalui portal Media Hiburan menjelaskan bahawa dia kini lebih tertutup dalam membicarakan soal cinta.
BACA: Zahirah MacWilson Nafi Putus Cinta Dengan Zul Ariffin
“Tiada ada yang menarik pun perihal hubungan saya dan dia. Kami masing-masing ada komitmen terhadap lakonan dan rasanya itu lebih baik. Lagi pula, saya memang agak tertutup untuk berbicara soal cinta”
“Begitu juga dengan hal yang berkaitan dengan keluarga saya. Tapi saya tidaklah rasa rimas bila peminat asyik tanyakan hal tersebut. Cuma itulah, tiada yang menarikpun untuk saya cakap,” katanya.
Sementara itu, dia dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa tidak akan menolak tawaran berlakon dengan Zul jika ada pihak produksi yang menawarkan peluang tersebut. Apa pun, semoga hubungan Zahirah dan Zul akan berkekalan. (rtky/s)