ANKARA – Parti pemerintah dan pembangkang di parlimen Turki bertumbuk dan membaling botol air antara satu sama lain, semalam selepas satu pertikaian tercetus membabitkan perubahan dalam perlembagaan.
Jawatankuasa perlembagaan parlimen negara itu sedang bermesyuarat untuk membincangkan satu cadangan disokong kerajaan untuk melucutkan ahli parlimen daripada kekebalan mereka selepas sesi parlimen minggu lalu turut bertukar menjadi ganas.
Rakaman televisyen menunjukkan pembuat undang-undang daripada parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dan Parti Demokrasi Rakyat (HDP) Kurdis bergaduh dalam bilik jawatankuasa kecil selepas satu pertikaman lidah.
Beberapa ahli parlimen dilihat melonjak di atas meja dan kemudian menerkam sekumpulan pembuat undang-undang lain. – AFP