KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata beberapa serpihan yang dipercayai dari helikopter yang hilang telah ditemui.
Najib ketika sidang akhbar khas yang diadakan di ibu pejabat Jabatan Penerbangan Sarawak berkata serpihan tersebut dijumpai oleh pasukan penyelamat yang digerakkan pagi tadi.
Serpihan helikopter yaang hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching telah dijumpai ditepi Sungai Batang Lupar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata serpihan dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat pagi tadi berdasarkan laporan yang diterima pada jam 9.50pagi.
Antara serpihan helikopter yang dijumpai antaranya sebuah location device, kerusi, pintu dinding.
.
Jelas Najib, usaha mencari akan diteruskan sehingga badan utama helikopter tersebut dijumpai.
Najib dalam sidang media tersebut turut mengesahkan senarai nama penumpang iaitu Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad.
Turut berada dalam helikopter tersebut, suami kepada Noriah, Asmuni Abdullah, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai.
“Pagi tadi, pasukan mencari dan menyelamat telah pun bergerak dan maklumat yang telah diterima pada 9.50 pagi tadi telah menjumpai serpihan-serpihan yang dieprcayai dari bangkai helikopter RPC 6828 berkenaan.
“Sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahan pesawat lain telah dijumpai manakala pasukan menyelamat masih berusaha untuk mengesan ‘main body’ helikopter tersebut,” katanya sebentar tadi.
Najib turut berkata serpihan tersebut telah ditemui di kawasan bersebelahan dengan Sungai Batang Lupar.
“Seperti yang kita tahu sungai Batang Lupar ini merupakan sungai yang agak laus dan ini akan menyukarkan operasi yang digerakkan.
“Namun kita akan kerahkan segala usaha dan aset yang ada untuk digunapakai dalam operasi ini,” katanya lagi. – SuaraTV