loading...

Video: Pasukan SAR Dikerah Cari Helikopter Hilang – Zahid

 

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan telah mengarahkan pasukan untuk mengesan helikopter yang dilaporkan hilang petang tadi.

 

“Polis telah menghantar pasukan dari PGA dan Marin untuk melakukan siasatan dan pasukan tersebut telah tiba di kawasan kejadian.

 

“Kita berharap pasukan tersebut menemui maklumat yang diperkukan untuk tentukan semua penumpang di dalam pesawat yang disewa ini kita harapkan sesuatu yang baik akan di perolehi dalam waktu terdekat,” katanya sebentar tadi.

 

Zahid turut berkata helikopter tersebut terputus hubungan dan dipercayai hilang di Sebayau.

 

“Pasukan bertindak telah ditubuhkan untuk melakukan penyiasatan dan tindkaan segera yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia dan beberapa agensi lain seperti JPAM, Bomba dan Penyelamat serta polis Marin.

 

“Sepatutnya pesawat tersebut tiba bergerak pada jam 4.15 petang dan dijangka tiba di Kuching pada 5.00 petang tapi hubungan terputus dan (kali terakhir) di kesan di kawasan Sebuyau,” katanya lagi.

 

Terdahulu, helikopter tersebut dikatakan menuju ke hangar hornbill skyways – SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...