Tidak habis-habis dikaitkan dengan barisan artis wanita, Zizan Razak dikaitkan pula dengan Ummi Nazeera. Bagaimanapun, pelakon ini tidak mudah melatah dan menjelaskan perkara sebenar yang terjadi di antara mereka.
BACA: Zizan Razak Nafi Zizan Mart Ditutup
“Saya dengan Ummi tidak ada apa-apa hubungan melainkan sebagai tunang di dalam Angin Cinta. Itu sahaja. Ketika mula-mula berlakon dengan Ummi, dia agak janggal dan sedikit kekok. Mungkin kerana tidak biasa”
“Tapi selepas kami mencari keserasian untuk dibawa ke dalam watak, timbullah gosip-gosip seperti itu. Namun, saya dan Ummi tetap berkawan sampai hari ini”
“Apakah pelakon lelaki tidak boleh keluar dengan pelakon wanita ke hingga boleh timbul gosip-gosip panas? Salahkah kalau saya berkawan dengan artis wanita?” seloroh Zizan kepada Mangga Online.
Selain Ummi, Zizan sebelum ini pernah dikaitkan dengan Juliana Evans dan juga kisah cinta yang tidak kesampaian bersama Emma Maembong. Menurut Zizan, dia tidak kisah dengan gosip berkenaan namun kadang-kala ada gosip yang membuatkan imejnya turut tercalar. (rtky/s)