loading...

Produk Kurus Tak Berjaya Bakar Lemaknya, Bella Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang dikenali sebagai Bella telah membuat laporan polis terhadap sebuah syarikat perlangsingan badan dan mendakwa bahawa produk syarikat berkenaan tidak memberi kesan terhadap beliau.

 

Menurut beliau, produk tersebut tidak mempunyai rasa panas ketika dipakainya dan mendakwa ia tidak mampu untuk membakar lemak di badannya.

 

“first saya tak puas hati dengan produk Ziara extravganza dan produknya langsung tak rasa panas , saya dah pakai sekali memang langsung tak rasa panas.

 

“Wani ini cakap dengan saya  produk itu langsung tak panas, dan dia balas pada saya yang ia memang tak panas, secara logiknya, produk pelangsing mana yang tak panas, bagaimana dia nak bakar lemak saya.” katanya.

 

Tambah beliau lagi, disebabkan perkara seperti ini, beliau tidak mempercayai produk Melayu namun terpaksa menggunakannya kerana mahu membantu kaum Melayu dan bukan kerana beliau tidak mempunyai wang untuk membuat rawatan perlangsingan.

 

“Inilah produk Melayu, disebabkan ini saya tak suka nak beli produk Melayu.

 

“Saya bukannya tak ada duit nak buat Slimming treatment sampai 10 ribu, apalah sangat bagi saya kan, tapi disebabkan i nak try produk Melayu, tetapi produk Melayu sentiasa menghampakan saya.”ujarnya.

 

Diakhir video tersebut, beliau dengan lantangnya berkata ‘Saya Benci Produk Melayu’. -SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...