SANTIAGO – Zoo di ibu kota Chile terpaksa membunuh dua ekor singa bagi melindungi seorang lelaki yang memasuki kandang haiwan liar itu untuk di hadapan pengunjung yang terkejut kerana mahu membunuh diri.
Protokol keselamatan segera diambil apabila petugas melihat lelaki berkenaan menggunakan tali untuk turun ke kandang singa Afrika, kata ketua Zoo Santiago, Alejandra Montalva, kepada stesen televisyen TVN.
Katanya, singa jantan dan betina mula menyerang dan terpaksa dibunuh kerana ubat pelali tidak berkesan menghalang serangan ketika itu.
“Kami terkejut dengan perkara ini kerana haiwan dalam zoo adalah sebahagian keluarga kami.
“Singa itu sudah berada bersama-sama kami lebih 20 tahun,” kata Montalva.
Lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 20-an atau 30-an, dibawa ke hospital dengan kecederaan kritikal. – AFP