Semakin terbuka bercerita mengenai perancangan perkahwinan, Nora Danish dalam masa yang sama turut berkongsikan bahawa anaknya juga mengimpikan adik baru. Malah Nora sebelum ini sendiri pun sudah menyatakan kesediaannya untuk menambah cahaya mata bersama Nedim kelak.
BACA: Nora Danish Mahu Tambah Zuriat Bersama Nedim Nazri
“Rayqaljuga teruja kerana sudah lama mengimpikan dikurniakan seorang adik. Mungkin kerana sering bersendirian di rumah, Rayqal inginkan seseorang untuk menemaninya. Rayqal ada memberitahu, dia teringin mendapat adik perempuan”
“Keinginannya itu membuak-buak hingga Rayqal selalu berpesan supaya saya banyak makan kerana mahu perut saya besar. Sangkaannya, setiap wanita berbadan besar sedang menganadung. Saya hanya mampu ketawa setiap kali Rayqal membangkitkan perkara ini,” katanya yang dipetik melalui BH Plus.
Sementara itu menurut Nora, dia sememangnya faham dengan perkembangan anaknya yang semakin meningkat besar dan kesepian. Buat Rayqal, harap bersabar dan pastinya seluruh peminat Nora tidak sabar menanti cahaya mata baru dari selebriti kesayangan mereka ini. (rtky/s)