loading...

Mira Filzah: Zizan Razak Bukan Kekasih Saya

Baru-baru ini ada dakwaan mengatakan Mira Filzah dan Zizan Razak kini sedang menjalinkan hubungan rapat dan berkemungkinan sedang dilamun cinta. Namun begitu, Mira Filzah tampil menafikan dakwaan itu dan mengatakan beliau masih sendirian dan tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

BACA: Kena Kritik Kendali ABPBH29, Mira Filzah Mohon Maaf

Memetik laporan Utusan Online, pada masa yang sama, Mira menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin diantara beliau dan Zizan hanya sebagai teman rapat sahaja dan tidak lebih daripada itu. Malah jelasnya lagi, beliau dan Zizan berada didalam industri yang sama jadi hubungan itu terjalin hanya sebagai teman sesama industri.

Desas-desus mengenai gosip cinta diantara mereka mula tercetus apabila mereka dikatakan dilihat berdua menemani Mira membuat laporan polis selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil baru-baru ini. Hubungan mereka juga mula mendapat perhatian ramai sejurus selepas kejadian itu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Sebelum ini, Mira pernah menyatakan bahawa kerjayanya sebagai insan seni membuatkan beliau sendiri tidak mempunyai masa untuk mencari kekasih hati kerana jadual kerjaya yang padat sehari-harian. Malah beliau juga menafikan sekeras-kerasnya jika terdapat sebarang gosip cinta yang dikaitkan dengannya. (rkty/w)

- Zizan Razak Bukan Kekasih Saya -jpg 1- Zizan Razak Bukan Kekasih Saya- jpeg 2- Zizan Razak Bukan Kekasih Saya- jpeg 3- Zizan Razak Bukan Kekasih Saya- jpeg 5- Zizan Razak Bukan Kekasih Saya- jpeg 6- Zizan Razak Bukan Kekasih Saya- jpeg
Previous
Next Post »
loading...