KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kini menjadikan Allaahyarham Tun Abd Razak sebagai sasaran dalam permainan politik beliau.
Menurut satu muatnaik status di laman Facebook milik Rizak Mansor, Tun Mahathir telah memutar belitkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menyasarkan serangan politik kepada ayah beliau.
“Dalam satu ucapan di Pekan, Datuk Seri Najib tidak seperti bapanya dan ini ditafsir dan diputarkan oleh Tun Mahathir sebagai Najib menganggap Tun Razak ‘useless’.
“Dalam bahasa mudah, Tun Mahathir sendiri tidak sama dengan ayahnya kerana beliau merupakan seorang guru manakala mahathir seorang doktor yang kemudiannya menjadi ahli politik.” katanya dalam akaun Facebook miliknya.
Tambah beliau lagi, kenyataan Perdana Menteri itu sebenarnya merujuk kepada gaya orang dahulu dan sekarang yang mana difahami oleh orang -orang di Pekan.
“Beliau membezakan gaya orang dahulu dan zaman sekarang, tiada apa yang pelik sedangkan orang-orang kampung di Pekan dengan mudah memahami maksud kata-kata Datuk Seri najib.”ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa nyawa politik Tun Mahathir diselamatkan oleh Allahyarham Tun Abd Razak apabila dilantik sebagai Menteri Pelajaran setelah dipecat dari UMNO pada tahun 1969 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman. -SuaraTV