Hanya mengetahui dirinya keguguran setelah diberitahu oleh tukang urut, pelakon jelita Jue Aziz mengakui bahawa dia merasa sedih dengan perkara tersebut apatah lagi apabila dia sangat mengharapkan kehadiran cahaya mata di dalam keluarganya itu.
BACA: Jue Aziz Rasa Lebih Dihormati Selepas Berhijab
“Saya keguguran tiga bulan lalu dan perkara itu disedari oleh orang yang mengurut saya kerana dia bertanya sama ada saya pernah keguguran atau tidak. Saya akui ada berlaku pendarahan dan saya sangkakan ia hanya ketulan darah haid sahaja dan tidak pun ke klinik namun ia adalah keguguran awal kandungannya”
“Sudah tentu saya rasa sangat sedih bila dapat tahu saya sudah keguguran tapi nak buat macam mana terpaksa reda kerana ia adalah ujian daripada Allah. Saya akan terus berusaha untuk itu dan saya harap dapat mengandung sekali lagi dalam masa terdekat,” jelasnya kepada mStar Online.
Tidak mahu perkara yang sama berulang kembali, Jue menjelaskan bahawa dia akan mengelakkan dirinya daripada tekanan dan juga terlalu aktif. Jue dan suaminya yang juga merupakan pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal telah bernikah pada Mac 2014 dan kini mengambil seorang anak angkat, Dawrish Naufal yang berusia 4 tahun. (rtky/s)