LONDON – Sadio Mane mencipta hatrik dengan persembahan gaya serangan hebat Southampton untuk mengetepikan Manchester City 4-2 menyebabkan pelawat berdepan kesukaran untuk layak ke Liga Juara-Juara.
Kekalahan berkenaan, hanya tiga hari sebelum separuh akhir kedua berdepan Real Madrid, tidak dijangkakan sejak Shane Long menggunakan kesempatan hantaran Dusan Tadic pada minit ke-25.
Pemain Serbia itu juga menghasilkan dua hantaran untuk jaringan penyerang Senegal, Mane yang menjaringkan gol pada minit ke-28, 57 dan 68 minit untuk melengkapkan hatrik kedua musim ini ketika dia mengumpul 14 gol.
City membalas menerusi Kelechi Iheanacho pada minit ke-44 dan 78, namun skuad Saints tidak melepaskan genggaman mereka ketika pasukan itu berusaha untuk layak ke Liga Europa. – REUTERS