loading...

Ellyana Nafi Dirinya Kurus Kerana Keguguran

Mengakui redha dengan ketentuan Tuhan, Elyana menjelaskan kepada Utusan Online bahawa dirinya dilihat semakin kurus bukanlah atas dasar kerana masih bersedih dan kecewa di atas peristiwa kandungannya gugur sebelum ini.

BACA: Elyana Keguguran Anak Kedua

“Ini (susut tubuh badan) tiada kaitan dengan pengalaman itu. Saya hairan juga dengan orang kita ini. Dulu saya gemuk selepas bersalin, ramai yang merungut kata saya gemuk sangat. Sekarang saya ambil inisiatif untuk turunkan berat badan, mereka kata saya kurus sangat pula,” katanya.

Menurut Elyana, dia reda dengan ketentuan Yang Maha Kuasa dan menganggap kegagalan mempertahankan kehamilan keduanya itu tiada kena mengena dengan susut tubuhnya itu.

Dalam senyuman, kata Elyana, tiada yang perlu diperdebatkan mengenai berat badannya yang turun mendadak kerana dia sendiri mahu kelihatan langsing demi keselesaan diri selain perancangan untuk membuat kemunculan semula dalam bidang seni.

Bercakap mengenai soal perancangan, penyanyi berusia 29 tahun ini mengakui, sejak keguguran tempoh hari, dia tidak terburu-buru untuk hamil lagi. (rtky/s)

7- Ellyana Nafi Dirinya Kurus Kerana Keguguran - ROTIKAYA 6- Ellyana Nafi Dirinya Kurus Kerana Keguguran - ROTIKAYA 5- Ellyana Nafi Dirinya Kurus Kerana Keguguran - ROTIKAYA 4- Ellyana Nafi Dirinya Kurus Kerana Keguguran - ROTIKAYA 3- Ellyana Nafi Dirinya Kurus Kerana Keguguran - ROTIKAYA 2- Ellyana Nafi Dirinya Kurus Kerana Keguguran - ROTIKAYA
Previous
Next Post »
loading...