loading...

Baru Berumur 8 Tahun Sudah Menggemparkan Dunia

Amarjeet Sada baru berusia 8 tahun. Duduk berdepan dengan anggota polis tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut dalam dirinya. Tubuh kecil, kurus dan hitamnya cuma ditutupi singlet yang sudah kusam kekuningan.

Dia tidak banyak bercakap seperti anak-anak seusianya. Tetapi bibirnya sentiasa mengukir senyum. Apabila polis bertanya mengapa dia melakukannya, dia sekadar tersenyum lalu berkata, “boleh saya minta biskut?”

Beberapa jam sebelum itu, Amarjeet masuk ke sebuah sekolah rendah. Di sana dia melihat seorang bayi berusia 6 bulan bernama Kushboo sedang lena dalam tidur.

Amarjeet menyusup masuk lalu membawa Kushboo ke satu tempat sunyi. Di sana dia meletakkan Kushboo di atas rumput, lalu mencekiknya. Kemudian dia memungut sebiji bata lalu menghentak kepala bayi malang tersebut.

Selepas itu dia mengorek sebuah lubang cetek dan memasukkan badan Kushboo ke dalam lalu ditutup dengan tanah, daun dan ranting pokok. Selesai melaksanakan kerjanya, dia pun pulang ke rumah.

Hari itu kecoh sekampung berita pasal kehilangan Kushboo. Orang kampung syak ini mesti kerja Amarjeet. Rupanya ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku!

Setahun sebelum itu, Amarjeet telah membunuh sepupunya yang baru berusia 6 bulan. Beberapa bulan kemudian dia membunuh adik perempuannya yang berusia 8 bulan. Cara pembunuhannya sama, mula-mula dicekik, kemudian kepala dihentak dengan batu atau bata.

Perbuatan jenayahnya tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana keluarganya menganggap ia adalah ‘urusan keluarga.’

Polis yang dihubungi segera datang ke kampung dan menyoal Amarjeet. Sambil tersenyum dan tanpa rasa takut dan bersalah dia mengaku membunuh Kushboo.

“Saya nampak dia tidur dalam sekolah. Kemudian saya bawa dia keluar. Lepas tu saya hentak kepalanya dengan bata dan menguburnya,” ujarnya penuh bangga.

Selepas itu dia membawa anggota polis ke tempat dia menguburkan Kushboo.

Mengikut udang-undang India, seseorang kanak-kanak tidak boleh dihukum bunuh atau dipenjara. Tetapi dia akan ditahan di ‘rumah kanak-kanak’ sehingga berusia 18 tahun.

Tidak diketahui apa hukuman yang dikenakan terhadapnya. Kemungkinan besar dia dihantar ke pusat psikiatri, kerana menurut pakar, Amarjeet mengalami gangguan mental yang mungkin boleh disembuhkan dengan rawatan khas.

Kini Amarjeet sudah berusia 19 tahun. Di mana dia sekarang? Khabar angin mengatakan dia menukar namanya menjadi ‘Samarjit.’ Walau apapun namanya, dia tetap Amarjeet yang pernah menjadi pembunuh bersiri pada usia 7 tahun! Baat masa ini dia masih memegang rekod sebagai pembunuh bersiri paling muda dalam dunia!

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...