Belum bersedia menjelaskan perkara sebenar yang melanda rumahtangga mereka, penyanyi yang pernah mewarnai Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) iaitu Isma AF mengakui bahawa kini hubungannya bersama suami tidak dapat diselamatkan lagi.
BACA: “Maaf Jika Pokok Krismas Buat Agama Terpesong”
“Sukar untuk saya menjelaskan punca sebenar keretakan rumah tangga kami ketika ini. Namun, apabila sampai masanya, saya akan perjelaskan juga. Buat waktu ini, memang ia tidak dapat diselamatkan lagi dan dia sebagai suami pun tiada usaha untuk memperbaiki keadaan,” jelasnya kepada BH Online.
Menyatakan bahawa perkara sebenar sepatutnya dijelaskan oleh suaminya sendiri iaitu Zulkifli Majid atau lebih dikenali sebagai Zul 2 By 2, Isma turut meluahkan rasa hati yang sudah lama terpendam kepada portal berita tersebut.
“Anak-anak juga semua sudah besar dan mereka faham situasi kami lalui. Saya manusia biasa, kadang-kadang terlepas juga apa yang terbuku di hati di media sosial. Saya reda dengan apa yang berlaku”
“Walaupun duduk serumah, dia tetap tak berubah dan tiada inisiatif untuk memulihkan perhubungan. Saya sudah berusaha mempertahankan rumah tangga ini dan lakukan sebaik mungkin untuk berbaik, namun begini juga kesudahannya,” katanya.
Isma dan Zul telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1988 dan dikurniakan lima cahaya mata. Pergolakan tentang rumah tangga mereka mula dihidu baru-baru ini apabila Isma dan Zul memuatnaik status di laman sosial yang memberi bayangan situasi semasa mereka. (rtky/s)
GAMBAR IHSAN: Khairul Azhar Ahmad
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW