loading...

Remy Ishak Nafi Gossip Sudah Bernikah

Dugaan bertunang betul Remy ishak apabila dikejutkan dengan gosip beliau dan tunang, Ezza Yusof sudah bernikah secara rahsia. Hal terbabit mula menjadi cakap-cakap orang kebelakangan ini sejak tersebarnya gambar beliau memakai baju pengantin di sebuah majlis perkahwinan.

BACA: Remy Ishak Belum Tetapkan Tarikh Perkahwinan

“Astaghfirullahalazim. Belum lagilah. Mana ada. Belum sampai jodoh lagilah,” katanya kepada m Star Online mengenai gosip liar mengatakan beliau sudah bernikah secara rahsia selepas gambar memakai baju pengantin tersebar.

Pasangan ini telah selamat bertunang- secara rahsia pada Mei tahun lalu dan kalau diikutkan Remy juga sangat ‘low profile’ apabila berkaitan dengan tunangnya. Setakat ini memang tiada gambar bersama mahupun perkembangan baru mengenai hari perkahwinan mereka.

Bertanya pula mengenai tarikh perkahwinan mereka, Remy berkata ianya adalah perkara yang masih tidak diketahuinya buat masa ini dan menyerahkan ia kepada jodoh. Hmm, sebelum ini ada timbul ura-ura mengatakan Remy sudah putus tunang tapi dinafikannya.

Harap semuanya baik-baik sahaja antara mereka. Mungkin Remy tidak mahu kisah cintanya menjadi tanyangan umum berbanding sesetengah selebriti lain yang memilih begitu. Semoga segala perangan berjalan dengan lancar. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...