loading...

Media Sosial Punca Kanak-Kanak Kekurangan Tidur

ISLAMABAD – Penggunaan media sosial yang berlebihan boleh mengurangkan waktu tidur dalam kalangan kanak-kanak, lapor Associated Press of Pakistan (APP) memetik satu kajian yang diterbitkan menerusi jurnal dinamakan Acta Paediatrica.

Penyelidikan itu, yang dijalankan dalam kalangan pelajar Kanada berusia lingkungan 11 hingga 20 tahun, mendedahkan hubungan dos-respons antara penggunaan berlebihan media sosial dan waktu tidur lebih pendek dalam kalangan pelajar terbabit.

Terdapat sejumlah 5,242 peserta dalam kajian itu, dan 63.6 peratus daripada pelajar terbabit tidur kurang dari tempoh yang disarankan manakala 73.4 peratus melaporkan bahawa mereka menggunakan media sosial sekurang-kurangnya satu jam sehari.

“Kesan media sosial yang boleh berlaku pada corak tidur adalah satu topik menarik berdasarkan kesan buruk kekurangan tidur, seperti yang diketahui ramai, terhadap kesihatan,” kata pengarang kanan Dr Jean-Philippe Chaput dari Institut Penyelidikan Hospital Kanak-Kanak Eastern Ontario.

Beliau berkata peranti skrin elektronik semakin berleluasa dalam masyarakat hari ini dan mereka baru menyedari risiko serta manfaatnya. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...