JOHOR BAHRU – Seramai 38 mangsa banjir di daerah Segamat masih kekal berada di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 9 malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub berkata hanya dua PPS di daerah itu yang masih aktif menempatkan mangsa banjir iaitu di Balai Raya Kampung Mensudut Lama dan Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Badang dekat Segamat.
Sementara itu, semua sekolah yang terjejas akibat banjir di Johor akan mula beroperasi seperti biasa esok.
“Antaranya Sekolah Kebangsaan Mensudut Lama yang ditutup pagi semalam juga sudah boleh beroperasi esok. Ini berikutan laluan utama ke sekolah itu yang dinaiki air semalam sudah boleh dilalui kerana air semakin surut,” kata beliau dalam kenyataan di sini malam ini.
Selain itu, SK Punan di Kluang juga akan beroperasi esok. – BERNAMA
Loading...