KUANTAN – Mangsa banjir di Pahang berkurangan kepada 284 orang setakat pukul 8 malam ini, berbanding 338 orang petang tadi.
Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Pekan untuk menempatkan 254 mangsa daripada 67 keluarga.
Daripada jumlah itu, seramai 93 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (75 orang), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39 orang), SK Acheh (sembilan orang) dan Pusat Pemindahan Banjir Kampung Lamir (38 orang).
Di Raub, hanya satu PPS masih dibuka iaitu Masjid Kampung Kuala Semantan yang menempatkan 30 orang mangsa daripada sembilan keluarga. – BERNAMA
Loading...