KOTA KINABALU – Banjir yang melanda daerah Pitas semakin pulih apabila satu pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup petang tadi dan kini hanya tinggal 10 orang daripada tiga keluarga di PPS Kampung Sinukab Kinabongan.
Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Rokum yang menempatkan 158 orang daripada 45 keluarga mangsa banjir ditutup 4.30 petang tadi.
“Sepuluh mangsa yang berasal dari Kampung Masin Besar Kanibongan masih ditempatkan di PPS Kampung Sinukab Kinabongan,” kata agensi itu dalam kenyataan malam ini.
Menurut APM, kini hanya enam kampung yang masih terjejas banjir iaitu Kampung Kabatasan Laut, Kampung Sulakolung Kanibongan, Kampung Kutoyon Kanibongan, Kampung Masin Besar Kanibongan, Kampung Kanibongan dan Kampung Mandamai. – BERNAMA
Loading...