loading...

Setiap Kali Menjelang Senja, Kampung Ini Diselubungi Ketakutan

Sitio Libo sebuah perkampungan di Filipina tidak lagi seperti dulu. Sebelum ini aktiviti penduduknya bermula seawal subuh dan berlanjutan sehingga malam.

Kini setiap kali matahari tenggelam, penduduknya tidak berani keluar. Tingkap, jendela dan pintu ditutup awal.

Para wanitanya tidak lagi berani keluar mencuci pakaian atau mengambil air di perigi. Kaum lelaki tidak lagi lepak bersama kawan-kawan di luar rumah sehingga lewat malam.

Kejadian ini bermula kira-kira awal bulan Oktober yang lalu apabila satu peristiwa tragis menimpa sepasang kekasih.

Jane Quino 24 tahun mati dibunuh oleh teman lelakinya Dominic Pahungot selepas berlaku pertengkaran di rumah mereka.

Dominic 27 tahun seorang nelayan yang berpenyakit mental telah memenggal kepala Jane tanpa belas kasihan disaksikan empat orang anak mereka yang berusia antara lima bulan hingga lima tahun.

Polis yang menerima laporan dari penduduk kampung menembak mati Dominic. Sementara itu tubuh Jane dijumpai di dalam dapur yang kotor. Kepalanya ditemui beberapa meter di luar rumah.

Selepas kes diselesaikan oleh pihak berkuasa, maka bermulalah gangguan-gangguan pelik di kampung mereka.

Menurut Sergia iaitu nenek Dominic, semenjak pasangan itu meninggal dunia, perkara pelik mula berlaku di rumah tiga bilik tempat mereka tinggal yang juga dikongsi tinggal oleh ahli keluarga Pahingot yang lain.

Sergia menceritakan setiap kali tidur di bilik pasangan tersebut, dia sering diganggu bunyi seperti objek keras membentur dinding.

Malah jiran mereka juga selalu mendengar bunyi yang sama dari bilik pasangan itu.

Lebih menakutkan, Angela 47 tahun iaitu ibu Dominic pernah melihat lembaga perempuan tanpa wajah berdiri di depan perigi yang selalu digunakan Jane semasa hidupnya.

“Mungkin roh mereka tidak tenang dan berkeliaran di bumi kerana mati dalam keadaan yang tragic,” ujar Sergia mengutarakan pendapat.

Tidak dapat diketahui sejauhmana kebenaran gangguan roh ini. Tapi bagi penduduk kampung yang percaya kepada hal-hal ghaib dan mengalami serta melihat dengan mata sendiri, mereka punya alasan untuk mempercayainya. Dan yang pasti sejak peristiwa berdarah itu, kehidupan penduduk kampung tidak lagi sama seperti dulu.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...