loading...

“Dulu saya hodoh. Sekarang tampan macam artis Kpop”

Noppajit Monlin 22 tahun merupakan seorang pemuda yang pendiam. Dia sering menyendiri kerana merasa merasa rendah diri akibat kekurangan diri. Dah la muka berjerawat dan berminyak, rahang pulak senget ke kiri. Air liurnya sentiasa meleleh.

Siapapun pasti merasa geli apabila duduk berdekatan dengannya. Untuk mendapat teman bukan mudah, apatah lagi kekasih hati. Siapalah yang mahukan pemuda cacat seperti dia.

Tetapi pada suatu hari sebuah program rancangan reality yang begitu popular di Thailand “Let Me In Thailand” telah mempelawanya menyertai program tersebut.

Keadaan fizikal Noppajit telah ‘diubahsuai’. Rahangnya yang senget telah dibedah untuk dibetulkan kedudukannya. Mata dan kelopak matanya disuntik botox .

Kulitnya juga telah dirawat sehingga kesan jerawat hilang. Bukan itu saja kulitnya juga telah menjadi putih dan halus seperti kulit anak dara.

Dan yang lebih penting kelenjar liurnya juga telah dirawat.

Selepas melalui semua proses tersebut, penampilan Noppajit telah berubah. Malah dia kelihatan bagaikan artis Kpop.

“Sebelum ini, orang kata muka saya tak normal dan masyarakat tidak terima saya. Sekarang saya ada ramai kawan,” ujarnya penuh kegembiraan.

Kini nasib Noppajit benar-benar berubah. Dari seorang pemuda kilang yang hodoh dan tidak punya teman, sekarang menjadi selebriti yang tampan digilai ramai wanita.

Previous
Next Post »
loading...