loading...

Warga Emas Maut Ditetak Di Limbang

MIRI – Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di kawasan perumahan Batu Biah hari ini.

Ketua Polis Limbang Supt Mohd Bukhori Saffai berkata, Tiong Hock Sing yang berusia dalam lingkungan 70-an dijumpai terbaring berlumuran darah di atas katil oleh isterinya, dengan terdapat kesan luka dan tetakan pada leher mangsa.

“Ketika kejadian, isteri mangsa tidak berada di rumah kerana ke pasar. Buat masa ini, tak dapat dipastikan waktu kejadian berlaku tetapi Balai Polis Limbang menerima panggilan daripada orang awam pada 12 tengah hari tadi,”katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bukhori berkata pemeriksaan pasukan perubatan Hospital Limbang mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Setakat ini, polis menahan anak lelaki bongsu mangsa yang berusia 36 tahun bagi membantu siasatan.

“Menurut isteri mangsa, anak bongsunya yang tinggal bersama mereka mempunyai masalah mental,” katanya.

Polis turut merampas pisau pemotong daging, mob lantai dan pelapik kaki dari lokasi kejadian. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...