loading...

Proses Jadikan Pangkor Pulau Bebas Cukai Akan Ambil Masa

IPOH – Usaha untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai akan mengambil sedikit masa kerana banyak aspek perlu diteliti khususnya dari segi teknikal dan logistik, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata dua aspek itu dilihat satu cabaran besar dalam merealisasikan usaha tersebut.

“​​​Setakat ini, jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan negeri telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkaitan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di sini hari ini.

Usaha menjadikan Pangkor sebagai pulau bebas cukai kecuali untuk rokok, arak dan kenderaan bermotor diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018 pada Oktober tahun lepas. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...