loading...

Tanda-tanda awal kehamilan bagi individu haid yang tidak teratur

Bagi individu yang mengalami haid teratur, tidak susah untuk mengagak tanda awal kehamilan. Namun, bagi individu yang haid atau tempoh 'period' tidak teratur, sangat sukar untuk mengagak dan mengenalpasti tanda atau simptom awal kehamilan.

Kali ini, kami akan kongsikan serba sedikit tips dan petua untuk mengetahui tanda awal kehamilan bagi individu yang haidnya tidak stabil/teratur. Namun ianya hanyalah simptom dan petanda kecil sahaja. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian yang lebih lanjut.

tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur

Mual Dan Muntah-muntah (morning sickness)

Antara tanda awal ialah mengalami gejala morning sickness ataupun dalam ertikata lain, mengalami mual dan muntah-muntah. Biasanya gejala atau simptom ini berlaku pada awal seminggu kehamilan sehingga 4 minggu awal kehamilan. Pastikan anda minum air supaya tidak dehydrate sekiranya gejala ataupun masalah ini.

Merasa keletihan

Petanda ini berlaku kepada semua wanita yang mengalami kehamilan apabila ketidak seimbangan hormon progesterone dalam badan. Semua wanita yang memiliki kitaran haid normal mahupun tidak normal tidak terkecuali dari simptom ini. Namun ianya boleh dijadikan benchmark kepada anda yang mengalami masalah haid tidak normal untuk mengenalpasti tanda kehamilan anda.

Badan akan berasa cepat letih. Contohnya anda bangun pagi, pada waktu tengah hari sudah merasa letih dan mengantuk yang amat sangat.

Perut tidak selesa ataupun memulas

Tanda ketiga di awal kehamilan ialah mengalami simptom perut memulas dan tidak selesa. Gejala ini berlaku kerana pada ketika awal kehamilan atau trimester pertama, hormon kehamilan akan mempengaruhi saluran otot antara perut dan kerongkong untuk berada didalam keadaan tenang dan rileks sehingga akan menyebabkan kembung perut.

Untuk mengelakkan gejala ini daripada berlaku, konsum makanan ringan dan kecil dahulu sebelum mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak

tanda tanda kehamilan

Demam atau Suhu Badan Meningkat 

Disebabkan hormon yang tidak stabil, ada individu yang hamil akan mengalami demam atau suhu badan meningkat. Biasanya gejala ini berlaku berserta dengan simptom morning sickness yang disebutkan sebelum ini. Sekiranya anda mengalami simptom ini, anda perlu banyak berehat untuk meredakan suhu badan anda kembali. Jangan lakukan kerja-kerja berat.

Berat badan bertambah Dan Makin Berisi

Tanda keenam pula, pada trimester pertama, badan akan semakin berisi sedikit dan berat badan bertambah. Mungkin ada dikalangan anda yang tidak akan menyedari perubahan berat badan ini. Berat akan meningkat diantara 1 sehingga 5 kg walaupun anda mengkonsum jumlah makanan yang sama seperti hari-hari sebelumnya

Payudara semakin besar dan lembut

Gejala ini biasanya berlaku pada minggu ke empat kehamilan. Payudara akan membengkak sedikit dan kelihatan besar dan lembut. Puting payudara juga akan bertukar warna dari warna cerah kepada warna yang lebih gelap sedikit. Ini bergantung pada warna kulit individu. Apa yang boleh disimpulkan ialah payudara menjadi besar, lembut dan puting menjadi sedikit gelap.

tanda tanda awal kehamilan bagi individu haid yang tidak teratur

Muncul jerawat di belakang badan atau di bahagian muka

Ketika berlaku proses kehamilan, kelenjar minyak berfungsi dengan agak 'hardcore'. Maka jerawat akan tumbuh pada muka atau di bahagian kulit nipis seperti di belakang badan. Namun sekiranya jerawat yang muncul terlalu banyak, anda disyorkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dikhuatiri berjangkit dengan kuman bakteria.

Kerap buang air kecil (kencing) dan berpeluh

Tanda terakhir yang biasanya dianggap 'common' berlaku pada wanita hamil ialah kerap kencing dan kerap berpeluh. Anda tidak perlulah risau sekiranya mengalami masalah ini kerana ini adalah perkara biasa.

Bagi anda yang berbadan agak gempal, kerap berpeluh mungkin agak merunsingkan. Maka anda disyorkan untuk mandi lebih kerap daripada biasa. Mandi dapat membersihkan badan serta membuang minyak yang keluar dari kelenjar minyak di badan kita.

tanda tanda mengandung

itulah antara tanda-tanda awal kehamilan bagi anda yang mengalami masalah haid tidak teratur. Pastikan anda mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor sebelum membuat assumption sendiri dari pembacaan dari internet ini. Kami harap artikel ini dapat membantu anda yang sedang ternanti-nanti berita gembira tentang kehamilan anda.

Wallahualam.

Previous
Next Post »
loading...