loading...

Bapa Bagi Anak Merokok, Ibu Ambil Gambar

ENTAH Lah…  tak tahu apa yang ada di dalam fikiran seorang bapa apabila sanggup ‘menyumbat’ rokok yang sudah dicucuh api ke dalam mulut anaknya yang masih kecil.

Lapor Tribunnews, gambar kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah perkampungan di Bangkalan, Jawa Timur Indonesia itu menjadi tular selepas ia dimuat naik sendiri oleh ibu dan bapa kepada bayi malang berkenaan.

Foto dengan kapsyen ‘Hembuskanlah nak, selagi bapa belum melarang’ itu lantas mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tempatan.

Ibu kepada bayi berkenaan, Ummu, 18, dipercayai mengambil gambar perbuatan suaminya, Muazammil, 36, pada Sabtu minggu lalu, sekitar jam 8.30 malam waktu tempatan.

Susulan insiden itu, pasangan suami isteri terbabit telah ditahan dan disoal siasat pihak berkuasa selain turut diberi amaran keras serta diminta tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut.

“Mereka mendakwa hanya mahu bergurau. Tindakan memuat naik ke media sosial sebenarnya telah memberi pelbagai persepsi masyarakat,” kata Pesuruhjaya Polis di Jawa Timur, Frans Barung Mangera.

Di bawah undang-undang Indonesia, tidak ada hukuman khusus kerana memberi rokok kepada anak-anak, tetapi Muzammil boleh didakwa melanggar Akta Perlindungan Anak dan berdepan hukuman penjara enam bulan di bawah undang-undang tersebut.

Indonesia mempunyai kadar merokok tertinggi di dunia, dengan statistik kerajaan menunjukkan bahawa hampir satu pertiga daripada populasi adalah pengguna tembakau aktif, termasuk jumlah perokok kanak-kanak yang sangat membimbangkan.

Aldi Rizal, adalah salah satu contoh perokok kanak-kanak Indonesia yang dikenali kerana merokok 40 batang rokok sehari pada usia dua tahun pada 2010.

Kanak-kanak itu yang kini berusia 10 tahun telah dipulihkan dan menjalani gaya yang sihat. –MYNEWSHUB.CC

Loading...

Previous
Next Post »
loading...