loading...

Kakitangan Awam Gaza Mogok Tak Dapat Gaji

BANDAR GAZA – Kakitangan kerajaan di Semenanjung Gaza melancarkan mogok hari ini berikutan tidak dibayar gaji, di tengah pertelingkahan antara dua kumpulan utama Palestin, Fatah dan Hamas.

Semua institusi kerajaan menutup pintu pagi ini ketika kesatuan kakitangan kerajaan menggesa mogok, kali kedua dalam tempoh sebulan.

Kesatuan berkata, mogok itu perlu oleh kerana kakitangan hanya menerima 40 peratus daripada gaji mereka untuk tempoh lima bulan.

“Mogok itu adalah sebahagian aktiviti bantahan yang akan diteruskan sehingga kerajaan memberi maklum balas terhadap hak kakitangan sepenuhnya,” kata jurucakap kesatuan, Khalil Hamada.

Fatah dan Hamas, menandatangani satu perjanjian penyatuan Oktober lalu yang sepatutnya menyaksikan Hamas menyerahkan semula kawalan Gaza selepas sedekad menguasai wilayah itu. – AFP/BH ONLIONE

Loading...

Previous
Next Post »
loading...