SEJAK minggu lalu, laman media sosial kecoh dengan sebuah rakaman memaparkan seorang gadis merengek manja dalam keadaan kepanasan dan kelaparan.
Rakaman berdurasi pendek yang telah dimuat naik oleh teman lelakinya sendiri wanita itu ternyata mencuri perhatian netizen khususnya di Facebook.
Bahkan, kelakuan ‘manja’ gadis itu turut menjadi bahan gelak dalam kalangan netizen sehinggakan muncul pelbagai video parodi yang meniru aksi pasangan berkenaan.
BACA : Video Gadis ‘Manja Lapar’, Empunya Diri Beri Penjelasan
Meskipun dikutuk teruk, teman lelaki kepada wanita itu, Muhammad Aiman Amar berasa bangga apabila mereka dijemput menjadi tetamu bagi salah sebuah slot dalam rancangan bual bicara terbitan Astro iaitu Motif Viral.
Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Aiman menerusi laman sosial miliknya dengan memuat naik sekeping foto memaparkan mereka bersama tiga pengacara rancangan tersebut pada Isnin.
“Menangislah encik makcik bawang semua. Astro dah panggil kitorang. Lagi, lagi Nija banyak job lepas ni. Alhamdulillah..Dalam dengki dengki korang tu ada juga korang selit rezeki. Hehehe..Terima kasih bawang-bawang semua #hidupcendol,” tulisnya menerusi entri tersebut.
Ekoran perkara itu, pasangan itu sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila ramai antara mereka mula membuat spekulasi mengenai hubungan mereka.
Rata-rata netizen ‘meramalkan’ hubungan pasangan dua ‘sejoli’ ini tidak akan bertahan lama selain turut menyelar tindakan teman lelaki wanita berkenaan.
Bagaimanapun, ianya hanya pandangan peribadi netizen semata-mata dan siapa kita nak menjadi malaikat ‘penghukum’ mengenai soal jodoh kan?
Sehingga kini, video berkenaan dilihat terus menjadi tular dan mendapat perhatian dalam kalangan netizen. – MYNEWSHUB.CC/AM
Loading...