loading...

Pengedar Dadah Ditahan Kali Ketujuh

BESUT – Seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah ditahan buat kali ketujuh, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Besut dalam serbuan di Kampung Tok Dor Luar dekat Jertih awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi memberitahu suspek yang juga seorang penganggur berumur 38 tahun dan tinggal di Kampung Tok Luar itu juga didapati positif dadah jenis morfin.

Beliau berkata serbuan dilakukan pada 3 pagi ketika suspek berumur 38 tahun itu dikatakan berkelakuan mencurigakan dan mundar-mandir berseorangan di sebuah surau di kampung itu.

“Apabila melihat kehadiran anggota polis, lelaki itu bertindak melarikan diri dengan membawa sebuah beg berwarna hitam sebelum berjaya ditangkap,” katanya kepada media hari ini.

Pemeriksaan ke atas suspek menemukan tujuh botol lutsinar mengandungi heroin, lima di dalam beg manakala dua lagi di sekitar surau tempat suspek ditemui, di samping empat straw mengandungi 40 biji pil dadah jenis Yaba turut ditemukan di dalam beg suspek.

Katanya polis turut merampas wang tunai berjumlah RM600 daripada beg suspek yang dipercayai hasil jualan dadah.

Mohd Zamri berkata kesemua rampasan dadah dianggarkan bernilai RM2,850 dipercayai untuk dijual kepada pelanggan sekitar Besut dan suspek ditahan mengikut Seksen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...