loading...

Harga Runcit Petrol, Diesel Turun Lagi Minggu Ini

harga runcit petrol diesel turun lagi minggu ini

Sumber foto: Mynewshub

Harga runcit mingguan bagi minyak petrol dan diesel masing-masing terus turun.

 

RON95 merekodkan penurunan antara 6 hingga 7 sen, berkuat kuasa tengah malam tadi.

Berdasarkan harga baru bagi minggu ketiga bulan ini, RON95 turun 6 sen atau RM2.17 seliter, manakala RON97 pula turun 7 sen atau RM2.43 seliter, berbanding RM2.50 seliter minggu lepas.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi laman sesawangnya semalam, harga runcit diesel juga merekodkan penurunan 6 sen kepada RM2.13 seliter, berbanding terdahulu iaitu RM2.19.

Untuk minggu terdahulu, dari 15 hingga 21 Februari, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.23 seliter, RON97 (RM2.50 seliter) dan diesel (RM2.19 seliter).

Kesemua harga baru tersebut berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam tadi sehingga 28 Februari.

Sumber berita: Utusan Online & ismaweb.net

Previous
Next Post »
loading...