Tahun lalu nama pelakon Fathia Latif sering saja terpalit dengan kontroversi lebih-lebih lagi selepas video menari seksi di aplikasi Bigo tersebar.
Berikutan itu, Fathia juga mengakui sudah tiada tawaran berlakon dan tiada penerbit yang mahu menawarkan drama.
Namun baru-baru ini, Fathia memberitahu berita gembira menerusi laman Twitter apabila dia ditawarkan berlakon drama 13 episod.
Rata-rata netizen memberikan komen positif dan gembira dengan rezeki tersebut.
Tidak kurang juga ada yang memberikan kata nasihat dan pesanan kepada Fathia agar tidak lagi mengulangi kesilapan lama dan jadikan sebagai pengajaran.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW