
KOTA BHARU – Perlawanan menentang Perak di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu ini, penting bagi Kelantan untuk memperoleh kemenangan sulung bagi mengembalikan kepercayaan penyokong terhadap pasukan itu.
Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berkata tiga mata itu amat diperlukan pasukannya untuk memberi saingan kepada pasukan lain, sekali gus dapat membantu mengeluarkan pasukan itu daripada kedudukan tercorot Liga Super.
“Semua pemain tidak boleh mengalah sebaliknya terus menggandakan usaha untuk memperoleh kemenangan pada Sabtu ini, walaupun kami mengetahui pasukan Perak sekarang berada
Selepas tiga perlawanan, Kelantan hanya memperoleh satu mata hasil seri 1-1 bertemu Terengganu di halaman sendiri, manakala dua aksi di tempat lawan menyaksikan Kelantan tewas kepada Pahang dan Melaka United.
Khairul Fahmi berkata walaupun ketiadaan Ketua jurulatih Sathit Bensoh yang digugurkan minggu lalu, rakan pasukannya perlu mematuhi arahan dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pemangku Ketua jurulatih Yusri Che Lah. – BERNAMA
Loading...

Pertukaran Tarikh Perlawanan Akhir Piala Malaysia, ...

Video Raya Iwk, Bunyi Sahur Menyentuh Hati.. Ingat ...

Makluman: 50% Diskaun Bayaran Tol Sempena Hari Ray ...

Dalang Curi Seluar Dalam Dikenal Pasti ...