loading...

"Macam Saya Ini Hina Sangat" - Aliff Syukri

macam saya ini hina sangat aliff syukri

Kredit foto: wanista.com

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meminta maaf sekiranya kemunculannya dalam bidang lakonan membuatkan pelakon-pelakon tempatan berasa terkesan.

Aliff berkata, kehadirannya dalam filem Badang yang hangat diperkatakan kini adalah berpunca daripada tawaran pengarah.

Malah, Aliff menegaskan dia juga tidak membayar sebarang kos penerbitan filem berkenaan.

"Untuk pengetahuan semua, saya tidak keluarkan duit sesen pun untuk filem ini. Malah saya menerima bayaran sebagai pelakon seperti pelakon yang lain. Itu sahaja.

"Saya bukan penerbit, saya bukan pengarah, saya tak bayar apa pun untuk filem ini. Saya hanya pelakon sahaja. Jadi tidak wajar jika saya seorang yang kena," katanya memetik laporan Sinar Harian.

Aliff bertanya jika betul dia tidak berbakat, mengapa ada pengarah yang menawarkannya membintangi filem?

"Setakat ini saya sudah berlakon enam buah drama, malah cerita Ooops! Terlajak Nikah, Toyol Ke London antara drama lakonan saya yang capai rating tertinggi di Astro.

"Kemudian saya juga dicalonkan untuk Artis Lawak MeleTOP, Realiti Show MeleTOP. Jadi, adakah itu bermakna saya tidak punya bakat?

"Kenapa juga sebelum ini tak ada pula orang mempertikaikan bakat lakonan saya. Tiba-tiba dengan filem Badang ini saya pula dipersalahkan seorang," ujarnya.

Menurut Aliff, dia seorang yang terbuka dalam menerima kritikan, namun tidak berpuas hati apabila kegagalan filem Badang hanya disasarkan kepada dirinya seorang.

"Seolah-olah saya ini kayu, macam saya ini hina sangat. Penghinaan itu melampau-lampau," katanya.

Dalam pada itu, Aliff tidak serik untuk terus berlakon sekiranya ada yang sudi memberi tawaran.

"Jika ada orang yang menawarkan kepada saya berlakon, apa salahnya jika saya terima cuma kali ini saya akan lebih hati-hati," katanya dalam nada positif.

Sumber berita: Sinar Harian

Previous
Next Post »
loading...